top of page

Apalah Nasib, Hutang Rumah Makin Bertambah Selepas Bayar 10 Tahun

Writer: Jacheal LimJacheal Lim

Updated: 19 Feb


Satu hari, semasa sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik, Puan Alia terjumpa dengan rakan sekerja di syarikat lamanya. Sedang rancak berbual, tiba-tiba rakan Puan Alia menceritakan pengalamannya membuat refinance rumah dengan bantuan sebuah agensi yang menawarkan khidmat nasihat dan rundingan kewangan kepada mereka yang memerlukan bantuan.


Puan Alia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang agensi tersebut dan rakannya hanya sempat memberitahu nama agensi itu sahaja, iaitu Pembiayaan Rumahku , sebelum nama rakannya dipanggil untuk masuk ke bilik pemeriksaan doktor. 


Puan Alia pun terus melakukan carian di internet tentang Pembiayaan Rumahku dan tanpa berlengah, Puan Alia terus menghubungi Pembiayaan Rumahku untuk menetapkan tarikh temujanji bagi mendapatkan konsultasi untuk mengeluarkan beliau dari masalah kewangan yang dihadapi. 


Setelah membuat janji temu dan berjumpa, Puan Alia menceritakan masalah yang beliau hadapi secara telus bagi tujuan Pembiayaan Rumahku  menganalisis apakah solusi yang boleh mereka ambil bagi menyelesaikan masalah Puan Alia. 

Puan Alia juga menyatakan hasratnya untuk mengurangkan kadar faedah rumah beliau, menyelesaikan masalah tunggakan kad kredit lama beliau dan juga beliau perlukan duit untuk digunakan semasa kecemasan. 


Setelah mengambil kira masalah yang dihadapi dan kehendak Puan Alia, Pembiayaan Rumahku pun mengemukan cadangan solusi melalui langkah strategi dengan membantu Puan Alia melalui “Program Melindungi Rumahku (Syurgaku)”. Puan Alia bernasib baik, kerana harga pasaran rumahnya juga sudah naik. Melalui program ini, Puan Alia boleh menyelesaikan hutang kad kredit lama beliau sebanyak RM9,000 dan juga dapat mengurangkan komitmen bulanan rumah beliau. 


Apabila Puan Alia sudah jelas dan faham dengan solusi yang dicadangkan, pihak Pembiayaan Rumahku pun mula menjalankan satu persatu langkah strategi yang telah dirancang. 


Dalam masa kurang dari dua minggu, Puan Alia telah mendapat berita yang pihak bank telah meluluskan pembiayaan semula rumah beliau dengan kadar faedah yang lebih rendah iaitu sebanyak 3.34%. Puan Alia juga berjaya mengeluarkan wang sebanyak RM59,000 hasil dari refinancing dan wang itu juga boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang kad kredit lama Puan Alia.


Ini bermaksud, selepas membayar hutang pun, Puan Alia masih ada RM50,000 wang lebihan yang boleh digunakan olehnya sewaktu kecemasan.


Puan Alia sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Pembiayaan Rumahku . Tambahnya, beliau menyesal kerana lambat sangat dapat tahu pasal Pembiayaan Rumahku  ni, kerana kalau dari awal dah tahu, tak perlu nak pening kepala memikirkan masalah kewangan yang dihadapi. 


Jadi, jika anda menghadapi masalah kewangan yang hampir sama seperti yang dihadapi Puan Alia, hubungi Pembiayaan Rumahku  untuk bantu anda juga! Tapi sebelum itu, siapa Pembiayaan Rumahku  ni ya?


Dengan pengalaman selama 14 tahun dalam industri perbankan dan hubungan baik dengan 8 buah bank terbesar dalam Malaysia, Pembiayaan Rumahku  yakin untuk bantu anda menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, dari tahun 2018-2020, lebih 2,000 permohonan telah Pembiayaan Rumahku  uruskan dengan peratusan kelulusan capai 90% ke atas. Setiap kes akan dikaji dahulu berdasarkan situasi dan masalah yang anda hadapi. Contohnya untuk kes Puan Alia ni, mereka memang customize new plan untuk pastikan Puan Alia berjaya keluar dari masalah yang dihadapinya. Mereka tak pakai satu template yang sama untuk semua orang tau!


Lagi satu, Pembiayaan Rumahku juga akan menilai setiap permohonan sebelum dihantar ke bank. Dengan pengalaman dan info yang mereka ada, mereka akan pastikan untuk hantar permohonan anda kepada bank yang confirm akan beri kelulusan selain memastikan tawaran bank mana yang lebih berbaloi untuk kes anda. 


Ha mesti anda tertanya-tanya kan, macam mana pula Pembiayaan Rumahku  boleh pilih bank mana yang confirm boleh bagi kelulusan? Jawapannya, sebab mereka ni dah memang lama dan berpengalaman dalam industri perbankan, jadi setiap bank kan akan ada criteria masing-masing. Criteria setiap bank di Malaysia ni dah ada dalam checklist Pembiayaan Rumahku . Sebab tu lah mereka yakin untuk bantu anda selesaikan masalah kewangan yang anda hadapi. 


Kalau anda ada apa-apa  kemusykilan tentang kewangan, nak buat loan ke, ada masalah AKPK ke, pendapatan terjejas dan nak buat pinjaman kewangan, ada masalah CTOS CCRIS, nak gadai rumah, masalah komitmen terlalu tinggi, masalah blacklist ke, ada isu bad credit atau bad debt ke atau nak buat pelaburan pun boleh je hubungi Pembiayaan Rumahku  dan ceritakan masalah dan plan anda. Misi Pembiayaan Rumahku  agar dapat membantu lebih ramai lagi orang yang memerlukanya.


Tunggu apa lagi? Puan Alia sudah, anda bila lagi? 

 
 
 

Comentarios


bottom of page